Walisongo (Sembilan Wali) yang dikenal sebagai penyebar agama Islam di
tanah Jawa pada abad ke-17. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara
Pulau Jawa, yaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di
Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat. Kawasan ini adalah laluan perjalanan
dari Surabaya ke Pati-Demak-Kudus-Malang-Surabaya.
Walisongo adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Pulau
Jawa. Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga
mempengaruhi kebudayaan masyarakat serta dakwah.
Walisongo berarti sembilan orang wali. Mereka adalah:
1. Maulana Malik Ibrahim
2. Sunan Ampel
3. Sunan Giri
4. Sunan Bonang
5. Sunan Dradjad
6. Sunan Kalijaga
7. Sunan Kudus
8. Sunan Muria
9. Sunan Gunung Jati
Kesemua wali ini tidak hidup dalam waktu yang sama tetapi mereka mempunyai
kaitan rapat seperti hubungan darah dan juga diantaranya adalah mempunyai
hubungan guru dan murid.
Maulana Malik Ibrahim adalah yang tertua. Beliau mempunyai anak yang
dikenali sebagai Sunan Ampel. Sunan Giri pula adalah anak saudara Maulana Malik
Ibrahim yang bererti juga sepupu Sunan Ampel. Sunan Bonang dan Sunan Drajad
adalah anak kepada Sunan Ampel. Sunan Kalijaga pula merupakan sahabat dan juga
murid Sunan Bonang. Sunan Muria merupakan anak Sunan Kalijaga. Sunan Kudus juga
murid kepada Sunan Kalijaga. Sunan Gunung Jati adalah sahabat para Sunan-Sunan
yang lain kecuali Maulana Malik Ibrahim yang terlebih dahulu meninggal dunia.
Kesemua mereka tinggal di pantai utara Pulau Jawa dari awal abad 15 hingga
pertengahan abad 16 yaitu di tiga wilayah penting (Surabaya-Gresik-Lamongan di
Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah serta Cirebon di Jawa Barat).
Mereka adalah para intelektual yang menjadi pembaharu masyarakat pada zamannya.
Mereka mengenalkan berbagai bentuk peradaban baru seperti dalam bentuk
kesehatan, bercocok tanam, perniagaan, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan
sehingga kepada pemerintahan. Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua
institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari Giri, peradaban Islam
berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara. Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati
bukan hanya ulama tetapi ia juga merupakan pemimpin pemerintahan. Sunan Giri,
Bonang, Kalijaga, dan Kudus adalah penyumbang karya seni yang pengaruhnya masih
terasa hingga ke hari ini. Sementara Sunan Muria adalah pemimpin agama yang
sangat rapat dengan rakyat jelata.
Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya
Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol
penyebaran Islam di Indonesia terutama di Pulau Jawa. Mereka mempunyai peranan
penting seperti Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai
"tabib" bagi Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang dianggap oleh
kolonialis sebagai "paus dari Timur" serta Sunan Kalijaga telah
mencipta karya kesenian dengan menggunakan gaya dan cara yang dapat difahami
oleh masyarakat Jawa dengan tidak meninggalkan kebudayaan Hindu dan Budha.
Walisongo mempunyai peranan yang sangat besar dalam pengembangan Islam di
Indonesia. Bahkan mereka adalah perintis ulama dalam bidang dakwah Islam di
Indonesia. Sekaligus pelopor penyiaran agama Islam di nusantara ini.
‘Wali’ adalah singkatan dari perkataan Arab, waliyullah dan ia
bermaksud “orang yang mencintai Allah dan dicintai Allah”. Manakalah ‘singo’
juga perkataan jawa yang bermaksud sembilan. Lantas “walisongo” merujuk kepada
wali sembilan yakni sembilan orang yang mencintai dan dicintai Allah. Mereka
diberi gelaran yang sedemikian karena mereka dianggap penyiar-penyiar agama
Islam yang terpenting. Karena sesuangguhnya mereka mengajar dan menyebarkan
Islam. Di samping itu, Islam juga merupakan para intelektual yang menjadi
pembaharu masyarakat pada masanya. Mereka telah mengenalkan berbagai bentuk
peradaban baru yang merangkumi aspek kesehatan, bercocok tanam, perniagaan,
kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan dan pemerintahan.
Kesemua sembilan wali telah banyak memberikan sumbangan, namun dalam esai
ini sumbangan tiga tokoh wali pilihan yang juga memberikan contoh representatip
bagi kesemua wali-wali tersebut, akan di bincangkan dalam peranan mereka
meningkatkan tahap keintelektualan kehidupan menerusi agama Islam dalam aspek
pendidikan., sosio-ekonomi dan politik. Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim,
Sunan Giri dan Sunan Bonang
Tokoh yang pertama ialah Maulana Malik Ibrahim yang berbangsa Arab dari
keturunan Rasulullah. Beliau datang dari Kasyan, Persia dan tiba d jawa pada
1404 sebagai penyebar agama Islam dan menetap di Leran, sebuah desa yang
terletak di Gresik. Beliau telah menjalankan dakwah Islam dengan bijaksana dan
dapat mengadaptasikan pengajarannya dengan masyarakat sekeliling sehingga ramai
rakyat tertarik dengan agama baru ini, lalu memeluknya.
Beliau telah memperkenalkan bidang perdagangan dan melalui ini, beliau
berjaya mendapat tempat di hati masyarakat di tengah-tengah krisis ekonomi dan
perang saudara. Contohnya beliau telah membuaka sebuah warung yang menyediakan
bencucuk tanam dengan harga murah selain daripada mengajarkan cara-cara
bercocok tanam yang baru, di samping itu, adat-istiadat lama tidak langsung
ditentangnya dengan kekerasan. Sebaliknya menerusi pergaulannya sehari-hari.
Beliau menunjukkan kemuliaan akhlak seperti kesopanan bertutur, sikap
hormat-menghormati, tolng menolong yang diajarkan agama Islam.
Dengan inilah, beliau telah berjaya menarik orang-orang jawa dari kasta
bawahan memeluk Islam. Beliau juga merupakan pencipta pondok/pesantren pertama
di Gresik, umumnya di tanah jawa. Pondok ini dibina karena bilangan pengikutnya
yang kiat bertanbah. Di sinilah juga, beliau juga melahitkan mubaligh-mubaligh
Islam yang bergiat di tanah jawa. Kegiatan-kegiatan mendakwah dijalankan oleh
beliau dengan penuh dedikasi sehingga Maulana Malik Ibrahim Meninggal dunia
pada tahun 1914.
Tokoh kedua pula ialah sunan Giri yang dilahirkan pada tahun 1365 di
Blambangan. Ayahnya adalah Maulana Ishak, seorang ulama Islam dari Arab dan
bermukin di Pasai, aceh. Sunan Giri juga dikenali dengan Raden Paku atau
Maulana Ainul Yaqin dan merupakan seorang ulama yang dibekali dengan
pengetahuan agama yang mencukupi. Ilmunya yang mendalam dan dirinya yang
senantiasa menjadi rujukan dalam hal-hal agama telah membuat ramai
menganggapnya sebagai mufti.
Sunan Giri telah menyiarkan Islam dan menanamkannya ke dalam jiwa penduduk
dalam berbagai cara. Beliau telah mendirikan sebuah masjid di kampung laut
sebagai langkah pertama untuk menyebarkan Islam dan sehingga kini masjid itu
masih kekal dalam bentuk asalnya meskipun telah dipindahkan ke tempat lain.
Selain itu, beliau juga telah memilih suatu lokasi yang strategis bagi
mendirikan pondok-pondok atau pesantren-pesantren yang telah bertahan sampai ke
abad 17, untuk murit-muritnya bagi mengajarkan fiqih, hadist, nahwu, serta
sharaf. Murid-muridnya pula bukan saja terdiri daripada mereka yang datang dari
surabaya malah, ada juga yang berasal dari madura, lombok dan makasar, dengan
terdirinya pesantren-pesantern tersebut, ia menjadi pusat dan markas
gerakan dakwah yang terbesar dan terawal di jawa.
Di samping itu, beliau juga merupakan seorang pedagang yang mengelilingi
pulau-pulau di Indonesia seperti Kalimantan dan Sulawesi. Dengan inilah beliau
telah berjaya memikat ramai orang kaya dan orang-orang terpandang di Maluku,
Pontianak dan Banjarmasin untuk memeluk agama Islam.
Secara keseluruhannya, jasa terbesar beliau ialah usahanya mengantar anak
muridnya ke pelosok-pelosok Indonesia seperti pulau Madura dan Bawean untuk
menyiarkan Islam, selain iti kedudukan Giri amatlah penting juga dalam sejarah
perkembangan politik dan pengaruh Islam di pulau jawa. Beliau telah banyak
berkemampuan mempengaruhi daerah-daerah Islam yang lain seperti Japara, Tuban
dan Gresik sehingga terbentuk kerajaan Islam pertama di Demak pada tahun 1479M.
Tokoh terakhir yang akan disentuh ialah Sunan Bonang yang juga dikenali
sebagai Raden Makdum Ibrahim. Beliau hidup diantara 1465-1525M. beliau merai
ilmu dari ayahnya Maulana Ishak dan terkenal sebagai ahli kalam atau ilmu
tauhid.
Sunan Bonang memainkan peranan yang sangat besar dalam penumbuhan kerajaan
Demak di dalam dakwahnya dan kedudukannya sebagai penyokong kerajaan Demak,
beliau telah berusaha memasukkan pengaruh Islam ke dalam kalangan bangsawan
keraton Majapahit. Ini dilakukannya dengan memberi didikan Islam kepada Raden
Patah, Sultan Demak pertama. Selain itu, beliau juga membantu dalam penubuhan
Masjid Agung di kota Bintora Demak.
Keistimewaan dan sekaligus pembaharuan yang dibuat oleh sunan Bonang ialah
kebikjasanaan dan keunikannya dalam berdakwah yang telah membuat hati rakyat
agar datang ke masjid. Bahkan, beliau memberi penekanan kepada kebersihan
dengan menyediakan sebuah kolam dihadapan masjid agar setiap pengunjung yang
datang dengan sendirinya akan membersihkan kaki mereka.
Beliau telah mencipta alat musik jawa yang disebut Bonang serta tembang dan
gending-gending jawa yang berisikan ajaran Islam untuk berdakwah. Bonang itu
akan dibunyikan untuk menarik perhatian masyarakat sekeliling yang mendengarnya
agar berkunjung ke masjid sementara pengikut-pengikutnya pula diajarkan
menyayikan tembang-tembang sehingga mereka menghafalnya yang kemudian mereka
pula akan mengajarkannya kepada ahli keluarga masing-masing. Sedikit demi
sedikit, Sunan Bonang dapat merebut hati rakyat dan kemudian menanamkan
pengertian yang teguh tenyang Islam.
Dengan demikian, walisongo sesungguhnya telah memainkan peranan yang
penting dalam penyebaran agama Islam ialah dengan cara mendakwah. Di samping sebagai
pedagang, para pedagang Islam juga berperan sebagai mubaligh. Ada juga para
mubaligh yang datang bersama pedagang dengan misi agamanya. Penyebaran Islam
melalui dakwah ini berjalan dengan cara para ulama mendatangi masyarakat objek
dakwah, dengan menggunakan pendekatan sosial budaya. Pola ini memakai bentuk
akulturasi, yaitu menggunakan jenis budaya setempat yang dialiri dengan ajaran
Islam di dalamnya. Di samping itu, para ulama ini juga mendirikan
pesantren-pesantren sebagai sarana pendidikan Islam.
Di Pulau Jawa, penyebaran agama Islam dilakukan oleh Walisongo (9 wali).
Wali ialah orang yang sudah mencapai tingkatan tertentu dalam mendekatkan diri
kepada Allah. Para wali ini dekat dengan kalangan istana. Merekalah orang yang
memberikan pengesahan atas sah tidaknya seseorang naik tahta. Mereka juga
adalah penasihat sultan.
No comments:
Post a Comment