Budaya Nusantara yang dipengaruhi oleh Wali songo



Walisongo (Sembilan Wali) yang dikenal sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada abad ke-17. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, yaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat. Kawasan ini adalah laluan perjalanan dari Surabaya ke Pati-Demak-Kudus-Malang-Surabaya.

Walisongo adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Pulau Jawa. Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga mempengaruhi kebudayaan masyarakat serta dakwah.

Walisongo berarti sembilan orang wali. Mereka adalah:

1. Maulana Malik Ibrahim
2. Sunan Ampel
3. Sunan Giri
4. Sunan Bonang
5. Sunan Dradjad
6. Sunan Kalijaga
7. Sunan Kudus
8. Sunan Muria
9. Sunan Gunung Jati



Kesemua wali ini tidak hidup dalam waktu yang sama tetapi mereka mempunyai kaitan rapat seperti hubungan darah dan juga diantaranya adalah mempunyai hubungan guru dan murid.

Maulana Malik Ibrahim adalah yang tertua. Beliau mempunyai anak yang dikenali sebagai Sunan Ampel. Sunan Giri pula adalah anak saudara Maulana Malik Ibrahim yang bererti juga sepupu Sunan Ampel. Sunan Bonang dan Sunan Drajad adalah anak kepada Sunan Ampel. Sunan Kalijaga pula merupakan sahabat dan juga murid Sunan Bonang. Sunan Muria merupakan anak Sunan Kalijaga. Sunan Kudus juga murid kepada Sunan Kalijaga. Sunan Gunung Jati adalah sahabat para Sunan-Sunan yang lain kecuali Maulana Malik Ibrahim yang terlebih dahulu meninggal dunia. Kesemua mereka tinggal di pantai utara Pulau Jawa dari awal abad 15 hingga pertengahan abad 16 yaitu di tiga wilayah penting (Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah serta Cirebon di Jawa Barat). Mereka adalah para intelektual yang menjadi pembaharu masyarakat pada zamannya. Mereka mengenalkan berbagai bentuk peradaban baru seperti dalam bentuk kesehatan, bercocok tanam, perniagaan, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan sehingga kepada pemerintahan. Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari Giri, peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara. Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati bukan hanya ulama tetapi ia juga merupakan pemimpin pemerintahan. Sunan Giri, Bonang, Kalijaga, dan Kudus adalah penyumbang karya seni yang pengaruhnya masih terasa hingga ke hari ini. Sementara Sunan Muria adalah pemimpin agama yang sangat rapat dengan rakyat jelata.

Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia terutama di Pulau Jawa. Mereka mempunyai peranan penting seperti Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai "tabib" bagi Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang dianggap oleh kolonialis sebagai "paus dari Timur" serta Sunan Kalijaga telah mencipta karya kesenian dengan menggunakan gaya dan cara yang dapat difahami oleh masyarakat Jawa dengan tidak meninggalkan kebudayaan Hindu dan Budha.




Walisongo mempunyai peranan yang sangat besar dalam pengembangan Islam di Indonesia. Bahkan mereka adalah perintis ulama dalam bidang dakwah Islam di Indonesia. Sekaligus pelopor penyiaran agama Islam di nusantara ini.
‘Wali’ adalah singkatan dari perkataan Arab, waliyullah dan  ia bermaksud “orang yang mencintai Allah dan dicintai Allah”. Manakalah ‘singo’ juga perkataan jawa yang bermaksud sembilan. Lantas “walisongo” merujuk kepada wali sembilan yakni sembilan orang yang mencintai dan dicintai Allah. Mereka diberi gelaran yang sedemikian karena mereka dianggap penyiar-penyiar agama Islam yang terpenting. Karena sesuangguhnya mereka mengajar dan menyebarkan Islam. Di samping itu, Islam juga merupakan para intelektual yang menjadi pembaharu masyarakat pada masanya. Mereka telah mengenalkan berbagai bentuk peradaban baru yang merangkumi aspek kesehatan, bercocok tanam, perniagaan, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan dan pemerintahan.
Kesemua sembilan wali telah banyak memberikan sumbangan, namun dalam esai ini sumbangan tiga tokoh wali pilihan yang juga memberikan contoh representatip bagi kesemua wali-wali tersebut, akan di bincangkan dalam peranan mereka meningkatkan tahap keintelektualan kehidupan menerusi agama Islam dalam aspek pendidikan., sosio-ekonomi dan politik. Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Giri dan Sunan Bonang
Tokoh yang pertama ialah Maulana Malik Ibrahim yang berbangsa Arab dari keturunan Rasulullah. Beliau datang dari Kasyan, Persia dan tiba d jawa pada 1404 sebagai penyebar agama Islam dan menetap di Leran, sebuah desa yang terletak di Gresik. Beliau telah menjalankan dakwah Islam dengan bijaksana dan dapat mengadaptasikan pengajarannya dengan masyarakat sekeliling sehingga ramai rakyat tertarik dengan agama baru ini,  lalu memeluknya.



Beliau telah memperkenalkan bidang perdagangan dan melalui ini, beliau berjaya mendapat tempat di hati masyarakat di tengah-tengah krisis ekonomi dan perang saudara. Contohnya beliau telah membuaka sebuah warung yang menyediakan bencucuk tanam dengan harga murah selain daripada mengajarkan cara-cara bercocok tanam yang baru, di samping itu, adat-istiadat lama tidak langsung ditentangnya dengan kekerasan. Sebaliknya menerusi pergaulannya sehari-hari. Beliau menunjukkan kemuliaan akhlak seperti kesopanan bertutur, sikap hormat-menghormati, tolng menolong yang diajarkan agama Islam.
Dengan inilah, beliau telah berjaya menarik orang-orang jawa dari kasta bawahan memeluk Islam. Beliau juga merupakan pencipta pondok/pesantren pertama di Gresik, umumnya di tanah jawa. Pondok ini dibina karena bilangan pengikutnya yang kiat bertanbah. Di sinilah juga, beliau juga melahitkan mubaligh-mubaligh Islam yang bergiat di tanah jawa. Kegiatan-kegiatan mendakwah dijalankan oleh beliau dengan penuh dedikasi sehingga Maulana Malik Ibrahim Meninggal dunia pada tahun 1914.
Tokoh kedua pula ialah sunan Giri yang dilahirkan pada tahun 1365 di Blambangan. Ayahnya adalah Maulana Ishak, seorang ulama Islam dari Arab dan bermukin di Pasai, aceh. Sunan Giri juga dikenali dengan Raden Paku atau Maulana Ainul Yaqin dan merupakan seorang ulama yang dibekali dengan pengetahuan agama yang mencukupi. Ilmunya yang mendalam dan dirinya yang senantiasa menjadi rujukan dalam hal-hal agama telah membuat ramai menganggapnya sebagai mufti.




Sunan Giri telah menyiarkan Islam dan menanamkannya ke dalam jiwa penduduk dalam berbagai cara. Beliau telah mendirikan sebuah masjid di kampung laut sebagai langkah pertama untuk menyebarkan Islam dan sehingga kini masjid itu masih kekal dalam bentuk asalnya meskipun telah dipindahkan ke tempat lain. Selain itu, beliau juga telah memilih suatu lokasi yang strategis bagi mendirikan pondok-pondok atau pesantren-pesantren yang telah bertahan sampai ke abad 17, untuk murit-muritnya bagi mengajarkan fiqih, hadist, nahwu, serta sharaf. Murid-muridnya pula bukan saja terdiri daripada mereka yang datang dari surabaya malah, ada juga yang berasal dari madura, lombok dan makasar, dengan terdirinya  pesantren-pesantern tersebut, ia menjadi pusat dan markas gerakan dakwah yang terbesar dan terawal di jawa.
Di samping itu, beliau juga merupakan seorang pedagang yang mengelilingi pulau-pulau di Indonesia seperti Kalimantan dan Sulawesi. Dengan inilah beliau telah berjaya memikat ramai orang kaya dan orang-orang terpandang di Maluku, Pontianak dan Banjarmasin untuk memeluk agama Islam.
Secara keseluruhannya, jasa terbesar beliau ialah usahanya mengantar anak muridnya ke pelosok-pelosok Indonesia seperti pulau Madura dan Bawean untuk menyiarkan Islam, selain iti kedudukan Giri amatlah penting juga dalam sejarah perkembangan politik dan pengaruh Islam di pulau jawa. Beliau telah banyak berkemampuan mempengaruhi daerah-daerah Islam yang lain seperti Japara, Tuban dan Gresik sehingga terbentuk kerajaan Islam pertama di Demak pada tahun 1479M.
Tokoh terakhir yang akan disentuh ialah Sunan Bonang yang juga dikenali sebagai Raden Makdum Ibrahim. Beliau hidup diantara 1465-1525M. beliau merai ilmu dari ayahnya Maulana Ishak dan terkenal sebagai ahli kalam atau ilmu tauhid.
Sunan Bonang memainkan peranan yang sangat besar dalam penumbuhan kerajaan Demak di dalam dakwahnya dan kedudukannya sebagai penyokong kerajaan Demak, beliau telah berusaha memasukkan pengaruh Islam ke dalam kalangan bangsawan keraton Majapahit. Ini dilakukannya dengan memberi didikan Islam kepada Raden Patah, Sultan Demak pertama. Selain itu, beliau juga membantu dalam penubuhan Masjid Agung di kota Bintora Demak.
Keistimewaan dan sekaligus pembaharuan yang dibuat oleh sunan Bonang ialah kebikjasanaan dan keunikannya dalam berdakwah yang telah membuat hati rakyat agar datang ke masjid. Bahkan, beliau memberi penekanan kepada kebersihan dengan menyediakan sebuah kolam dihadapan masjid agar setiap pengunjung yang datang dengan sendirinya akan membersihkan kaki mereka. 



Beliau telah mencipta alat musik jawa yang disebut Bonang serta tembang dan gending-gending jawa yang berisikan ajaran Islam untuk berdakwah. Bonang itu akan dibunyikan untuk menarik perhatian masyarakat sekeliling yang mendengarnya agar berkunjung ke masjid sementara pengikut-pengikutnya pula diajarkan menyayikan tembang-tembang sehingga mereka menghafalnya yang kemudian mereka pula akan mengajarkannya kepada ahli keluarga masing-masing. Sedikit demi sedikit, Sunan Bonang dapat merebut hati rakyat dan kemudian menanamkan pengertian yang teguh tenyang Islam.
Dengan demikian, walisongo sesungguhnya telah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama Islam ialah dengan cara mendakwah. Di samping sebagai pedagang, para pedagang Islam juga berperan sebagai mubaligh. Ada juga para mubaligh yang datang bersama pedagang dengan misi agamanya. Penyebaran Islam melalui dakwah ini berjalan dengan cara para ulama mendatangi masyarakat objek dakwah, dengan menggunakan pendekatan sosial budaya. Pola ini memakai bentuk akulturasi, yaitu menggunakan jenis budaya setempat yang dialiri dengan ajaran Islam di dalamnya. Di samping itu, para ulama ini juga mendirikan pesantren-pesantren sebagai sarana pendidikan Islam.
Di Pulau Jawa, penyebaran agama Islam dilakukan oleh Walisongo (9 wali). Wali ialah orang yang sudah mencapai tingkatan tertentu dalam mendekatkan diri kepada Allah. Para wali ini dekat dengan kalangan istana. Merekalah orang yang memberikan pengesahan atas sah tidaknya seseorang naik tahta. Mereka juga adalah penasihat sultan.